Wednesday, November 03, 2010

.....SLIP GAJI ON9.....

Makluman utk semua penjawat awam mulai OKTOBER 2010 slip gaji kena print on9....ehm....menyenangkan @ menyusahkan ni....pasni slip gaji dh kena print sendiri kt web akauntan negara oleh semua penjawat awam...


ni rupa slip gaji yg sedia ada sebelum ni la...

Ini adalah selaras dgn Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3/2010 : Perlaksanaan Sistem e-Penyata Gaji & e-Laporan. Surat Pekeliling ini bertujuan utk memaklumkan pelaksanaan & panduan menggunakan Sistem e-Penyata Gaji & e-Laporan.

Mengikut amalan sekarang, Penyata Gaji Bulanan & Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam dicetak & diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam melalui Pusat Pembayaran Gaji manakala Laporan Bulanan dicetak oleh Pejabat Perakaunan Pusat Pembayaran Gaji & Pusat Tanggungjawab.Tetapi selepas ini semua urusan perlu dilakukan melalui Sistem e-Penyata Gaji yg telah dibangunkan selaras dgn peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan (strategi ke-4 Bajet 2011)

cara mendapatkan penyata gaji on9...

1.klik web Akauntan Negara Malaysia http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/epenyata.php  

2.paparan berikut akan dikeluarkan.LOGIN dgn menggunakan NO IC dan KATA LALUAN yg telah dipilih utk terus masuk kedalam Sistem e-Penyata Gaji


3.Bagi yg pertama kali menggunakan sistem, klik Pertama Kali Mendaftar. Skrin penuh akan terpapar. Penuhkan ruangan yg diperlukan.Bila dh lengkap klik Ok.


4. Setelah berjaya anda bolehlah mengakses sistem utk memaparkan penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan anda.


Jadi penyata gaji atau slip gaji bulanan yg kita dpt selepas ni lebih terang dan dapat diakses sehari sebelum pembayaran gaji setiap bulan...tp yg xbestnya kita kena cetak sendiri, dah xder sesi mengoyak sisi slip gaji lg selepas ni...


selepas ni kita dh xbleh wat cmne...

3 comments:

eMMe said...

wahhhh! da tgk dah gaji anita..hehehehe....me pun dah daftar online n tgk gaji bulan 10 dah...

LanaBusyBee said...

ha la, kena la on9, dah beratus ribu depa abeh tuk buat sistem..dah beratus ribu bg duit kt vendor suh buat sistem hehe..ok la, besh apa, mcm company aku ni(swasta) mmg guna payslip online ja..

anita_hanapiah said...

eMMe:ala gaji xmcm eMME...gaji xsepatutnya...tp xpe la dr xder keje ada gak keje..lmbt nk tgu pelarasan pun...

lanabusybee:tp susah la bee...1 malaysia guna...kdg2 jd lembab...