Thursday, September 30, 2010

+ PRAMUGARI KOMA DITANAH SUCI +

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

"Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.


REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

p/s: renung2kanlah..semoga kita sentiasa mentaati perintahnya....

+ PESANAN BUAT SUAMI +



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

+ TUDUNG DI AKHIR ZAMAN +


Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.
Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.
Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).


Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen
Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta

Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat



Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan

Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.
Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)
Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.
Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..

sumber dari : www.kampungfm.com
















demam berpanjangan....

adooiiii.....dh hampir 2 mgu ni aku demam xmau kebah2..dh xlarat nk mkn ubat dh...yg peliknya demam sebelah mlm ja..bila time nk magrib ja mula la panas2 badan smpai la tngah mlm...masalahnya nk tdo pun xbleh..bila bgn pg ja elok plak....10sion betol la...xbleh jd ni nk kena g spital terus ni soh check takot gak la musim2 berpenyakit ni...risau gak ni....


mudah2an cepat la sembuh nk xlarat nk mkn ubat dh..batok pun bny mcm batok kering dh ni...

Monday, September 27, 2010

hujan...hujan...hujan....

hujan yg turun bagaikan mutiara.....
berkilau,bersinar,berkedipan....
subur menghijau bumi terbentang...
dan bayu berpuput lembut....
(nyanyi ikut rentak tau)

blh dikatakan hampir setiap petang la ni ujan...musim ujan ke ha....smpaikan nk ke mana2 pun susah...mmg la keta ada bumbung tp bila time ujan ni malas la...basah kuyup nnt...pastu mula la nk demam...demam yg dok ada pun xhabis lg ni....masih lam mood demam....aku nk mai keje pun terpaksa bwk keta...kalo dtg dgn moto nnt nk blik xboleh plak...bila dtg dgn keta jd lmbat la...selalu 10 minit je smpai kalo dgn keta dekat 1/2 jam....huhuhu...
tp apakan daya terpaksa la....ujan kan bawa rahmat..nk2 sekarang ni plak musim penyakit...mmcm 2 la alkisahnya....kita hanya merancang,Dia yg menentukannya.....

KEHENDAK VS KEPERLUAN

hahaha.....fuyooooo.....tajuknya pun dh kira cm gempaq dh....apa ni ye....xda pa la saja ja bikin gempaq ini pny page la...bkn apa aku ngan en suami decide nk tukar keta...tp kami dlm dilema la nk tukar keta apa....en suami nk pakai MPV aku ckp plak xyah la nk naik 2 org ja pun wat pa nk amik MPV...tp bila en suami kata MPV la blik kg kang senang kalo nk bwk mak ayah jln2...ehmmm...betol gak 2 kan....bleh la naik ramai sikit...so smlm masa g jln2 kt tesco ada la kaunter jualan keta kt tesco 2....so en suami pun sembang2 la...mahal gak la...tp ok la en suami kata...xtahu la mcm mana terserah la pada en suami....


ni la keta idaman en suami.....




aku berkenan keta ni plak....

apa pendapat korg suma jer....mana yg patut...nk ikot kehendak ka nk ikot keperluan....

setelah sekian lama.....

mst suma tertanya2 kan tentang tajuk entry ni...apa yg sekian lama 2?????hehehe...sekian lama dapur rumahku tidak berasap la....oooppppsss.....bkn malas ye ouls....cuma kdg2 xde masa...& xde sapa pun nk mkn....cuma yg ada kt umah aku je ber2 ngan en suami...bknnya byk mana nk mkak..kdg2 n pun...rasa cm beli lg jimat....tp kdg2 en suami request nk mkn apa2 aku wajib la kena msk...nk kata selalu x la juga..kdg2 je...bkn apa aku ngan en suami pny cuti xsama....sebulan sekali ja nk dpt cuti weekend skali....en suami kerja shift itu yg susah skit...apakan daya nasib la...tp xkisah la.....

so mgu ni en suami request nk mkn ayam msk madu.....alamak.....aku x penah plak msk ayam madu ni....selalu kalo nk mkn mak aku kt kg je yg pandai msk pun....mcm mana ni......lastly kena la tepon mak kt kg tny cmner nk msk....jdnya smbil ckp smbil msk la.....ahaks.....kena la belitiaq ngan my mom...."2 la dulu suruh belajaq xmau,nasib bek la mak ada lg kalo dak sapa nk ajaq".....diantara ayat2 cinta yg keluaq dr mulot my mom.....ooopppsss......mak jgn ckp mcm 2 la....buat masa ni xbersedia lg nk menghadapi semua kemungkinan spt itu....dh la 2 3 menjak aku kehilangan ramai sgt org2 yg aku syg....ni dh melalut la plak...bkn apa selingan je....

kawan2 suma cuba teka jd ke x ayam masak madu aku......kalo dh ikot petua my mom mst la jd.....jeng...jeng...jeng.....ni la hasilnya......

ha ni la hasilnya...ayam masak madu....nyum..nyum..

AYAM MASAK MADU.....

Bahan2nya:
1/2 ekor ayam-potong2
garam
serbuk kunyit
1 sudu teh rempah kari ayam
3 ulas bawang putih-tumbuk
1 in halia-tumbuk
bawang besar-potong bulat
cili kering-kisar
madu
gula merah
sos tomato/puri
air

Cara2nya:
perap ayam ngan bawang putih, halia, garam, kunyit n rempah kari lebih kurang 30min. asingkan bahan perap ngan ayam n goreng ayam hingga masak.
panaskan mintak, tumis bawang besar hingga layu. masukkan lebihan bahan perap tadi n cili kering hingga terbit minyak. masukkan tomato sos/puri, madu, gula merah n air. masukkan ayam n gaul sebati. angkat n hidangkan.

ni kira en suami pny menu la ni..ha jdkan sebijik cm mkn kt kedai je...bukti msk sendiri kt umah je..tgk 2 senduk pun ada lg...ahaks.....aku ni plak kalo xdak sayoq mst la xbest nk mkn nasi..rasa cm xlengkap ja hidangan 2 kan....so utk aku pny mst la ada sup sayoq....taaadddaaaaaaaaa....

sup sayoq cendawan.....

kacang panjang goreng telor...

inilah menu ringkas aku weekend lepas....ni kira time rajin msk la..kalo malas mkn kt luar je la wahai en suami...tp apa salahnya sekali sekala mkn kt umah..aku bknnya malas sgt tp xda org nk mkn...kita org ber2 ja..mkn bknnya byk mana pun...letih ja yg lebih....lain la ramai2 nk mkn msk pun xkisah la....ni pun kira ok gak la sbb umah my MIL dekat ja...msk bleh bg my MIL skit...kalo harapkan kami ber2 mmg xkan habis....2 ha kt atas ada resepi...bg sesiapa yg nk mencuba silakan.......

Saturday, September 25, 2010

i'm back....;)

iiiiii.....ouls......kini saya telah kembali....kawan2 blogging suma xrindukan celoteh saya ke....mst ada yg tertanya2kan mana la cik minah ni lama dh menyepi....setelah berminggu2 dijangkiti virus pemalas kini virus itu telah dihapuskan...bkn apa 2 3 menjak ni terlalu byk sgt yg berlaku yg menghilangkan mood....tp apakan daya hidup pasti diteruskan......kita hanya merancang ALLAH SWT yg menentukan....so redha je la dgn suma yg berlaku...setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya....pada kawan2 yg mengambil berat tentang saya thanx a lot....ok.....tgu ye entry2 seterusnya akan menyusul x lama lg......

Tuesday, September 21, 2010

kemalasan.........

sejak 2 3 menjak ni aku rasa malas sgt nk berblogging...rasa cm idea kering ja...mcm2 kejadian yg jd 2 3 menjak ni membuatkan semangat aku sgt2 down :(.......
kalo ikotkan nk bercerita byk sgt tp bab nk mengarang 2 la yg xdak mood...nnt2 la bila dh en mood dtg aku akan up topic lg ye......
selamat hari raya ye kawan2 yg disayangi & selamat berpuasa 6....

Wednesday, September 15, 2010

AL-FATIHAH.....dlm kenangan...

masih dlm mood yg amat sedih....xterduga dugaan yg amat hebat bg aku...perginya seorg yg amat aku sygi...di pg raya ke 5..my kazen telah pergi mengadap Ilahi..betapa beratnya hati...hanya Tuhan saja yg tahu mcm mana susahnya kami nk menerima semua ni...rasa mcm xpercaya....tp apakan daya yg pergi xkan kembali lg..yg hidup perlu teruskan kehidupan...kita pun xlari dr semua ini.....
my kezen ni xdak sakit apa pun..meninggal dlm tdo....dh 2 muda sgt lg...apa yg pling aku sedih perginya dia meninggalkan seorg baby yg baru berusia 72 hr...bayangkan baru nk kenal ibu,ibu dh pergi...sedih sgt2....rasanya dulu sapa yg penah baca entry ku nur alin Qamarina tau la....now dia dh xder ibu....membesar tanpa kasih syg seorg yg pling penting...Ya Allah tabahkan la hatiku utk menerima semua ini....buat masa ni aku xboleh terima kenyataan sepenuhnya lg....i'Allah...esok2 ok la ni....tp mcm mana pun agak sukar la sbb dia mmg seorg yg baik sgt2.....semua org syg...tp Tuhan lebih syg kt dia.....mudah2an rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.....buat paklong semoga tabah menghadapi ujian ini..kita hny merancang Dia yg menentukan....jaga lah satu2nya harta yg ditinggalkan....didikan Qamarina dgn sempurna..semoga dia membesar menjadi seorg ank yg solehah mcm kakcik....tiada siapa yg dpt menggantikan kak cik di hati kita....Al-fatihah....

kakcik dlm kenangan...

kenangan bersama di hari bergelar raja sehari...


kenangan abadi selamanya....

Ku Nur Alin Qamarina....berusia 72 hr ditinggalkan ibunya....

semoga menjadi ank yg solehah spt ibu...

Thursday, September 09, 2010

SELAMAT HARI RAYA...

selamat hari raya buat semua  rakan2 blogger tersayang..ampun maaf di pinta andai ada terbuat salah,terkasar bahasa...kalo ada sesapa yg terguris hati harap di ampunkan......

Friday, September 03, 2010

KUKU....

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.


The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.


Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.


Percayalah.


Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Additional info


Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari


1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.


Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.


p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.




((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)


Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))


wallahu a'lam.


Thursday, September 02, 2010

kueh raya dtg lg....

uuppppssss....pepagi buta lg dh citer pasai raya...pose pun blom cukup lg...xpe2..janji pose je...apa pun hr ni dh msk hr ke 23..ada lebih kurang 7 hr ja lg...pas2 raya.....ckp pasai raya suma preparation so far setakat ni ok la..kueh utk my mommy kt kg pun dh siap & utk my MIL pun dh ada..pendek kata suma dh hampir 80% la....cuma baju raya utk my mommy & my MIL ja yg belom beli lg..bila ni nk g cari...mb cuti  mgu ni la....so kawan2 suma cmner..dh ready ke....duit bonus pun dh masok kan...apa pun jgn raya sakan2 tau...beringatlah selepas raya plak...

ha setakat ni br ada 3 jenis je...kot2 la kalo rajin bleh tmbah lg

bila tgk je dh msokan je dlm bekas rasa best plak nengok..ni yg menambahkan semangat nk wat lg...i'allah kalo rajin ada la penambahan mb lam 1 2 jenis lg kot....hehehe...alhamdulillah tahun ni raya kueh raya buat sendiri la...baru terasa kemeriahan nk raya....
ok la apa pun selamat menyambut hari raya utk semua yg beragama islam.....

ha ni la utk 2 buah umah...my mommy & my MIL

Wednesday, September 01, 2010

hoye..hoye..duit raya....

selamat hari raya..
hari utk kita bersuka ria...
selamat kami ucapkan..
utk kita hingga sampai thun depan....

hore...raya dtg lg....entry ptg ni pasai apa lg..duit raya la....ni pun baru blik dr bank ni tukaq duit raya...hr ni tukaq duit singgit dulu la....nnt2 tukaq lg yg 5 hinggit plak...korg suma dh tukaq ke...bkn pa nnt lambat2 g bank abis plak duit baru..nnt dpt duit recycle je...xmo2....nk yg keras2 pny duit...bau bank lg...hoye..hoye..k la dh nk blik ni....esok smbung lg...

hoye..hoye..bestnya..

sapa nk dtg umah tau...

me & baju raya.....

2 3 menjak ni asyik post pasai raya je...maklum la in raya mood...ahaks.....beg raya,baju raya,kueh raya mcm2 la....pendek kata suma raya la.....kali ni nk up topic baju raya plak...eceh2...budak ni dh lebih2 ni.....tp yg xsedapnya kan...baju raya yg berbentuk baju kurung belom ada lg ni.....xtahu la siap ke x lg...nun jauh kt kedah lg baju..kalo xsiap kena beli ready made la....korg mst peningkan ni baju raya apa plak nk citer...ni baju raya berupakan jeans & t-shirt.....ni wajib ada tau....nk p mana pakai baju2 cmner..ala nk kuaq mlm2 ke...xkan la smpai ke raya 5 6 nk pakai baju kurung...kecuali la nk g beraya umah org....xkan nk pakai seluar gak kot....nmpak la sgt biadapnya....so thn ni mcm thn2 lpas la...harus ada 1 seluar la....& 2 3 helai baju....jumaat lepas en somi dh bwk g beli baju raya siap2..coz msk mgu ni en somi dh keje mlm....bila keje mlm susah la sikit....bila citer bab shoping menyoping ni amat la letih..bknnya apa....me bkn cerewet la...tp kdg2 xberkenan dihati....so citer byk xmau la..hasil dr shoping dpt la sikit sebanyak hasilnya...seprti...

amat susah la nk cari yg berkenan....

akhirnya ini yg menjadi pilihan hati....

baju ni en somi yg berkenan sgt...very2 cute...

nike..pilihan hati..harus ada

body glove...yg ni xplan pun..jln2 tgk cm cute..rembat ja..pic apa 2 harimau kot..

so korg perasan x...xpcilly baju aku kebanyakan bewarna putih ja...ntah la aku ni mmg alert sgt la warna putih ni...pantang tgk apa..apa2 aku nk beli pun mst tgk warna putih lu la...biar la org ckp susah nk jg bg aku sama ja....setakat ni baru 3 helai je baju..xtahu la kot2 ada pertambahan lg..si isteri ngan en somi ni bknnya bleh kira..kdg2 xde plan pun...tp bila berkenan rembat je...boros ke???xder la ikot keperluan la....
so agak2nya apa lg ye yg aku dpt....jeng..jeng....jeng.....

ahaks.....cream colour...
&


hijaunye mokcik...a'a sbb baju raya ada warna ni..

pelik ke warna hijau ni...ada org komen apa la beli warna pelik2 ni....bg aku xda pelik la..aku suka beli kasut ngikut warna baju...ntah la kdg2 org kata membazir....tp bg aku kepuasan 2 yg paling penting...kitakan berkerja...so xla rasa membebankan....tp berpada2 la....janji xberlaku pembaziran la kan....
so sekian saja utk kali ini...i'allah kita bersiaran lg bila lapang...

my new CARLO RINO...

ahaks.....mcm siot je tajuk entry pg2 ni...hehehe....kalo sesiapa yg berminat nk teruskan membaca teruskan la..pd sesiapa yg xberminat boleh tinggalkan ruangan ini..bkn apa nnt org kata riak plak..sebenarnya bukan la riak,tp kt sini dh jd cm diary kita kan..so apa yg terjadi mst la nk citer...okies..malas nk membebel....

al-kisahnya begini disebabkan tahun ni aku tersangat la rajin membuat berbagai2 jenis kueh raya,so xder la kena beli..mcm thun lepas xsempat nk buat..jd peruntukan utk kueh raya saja dh mencecah rm300..kenapa byk???maklumla 3 buah rumah..rumah sendiri wajib la..kang open house xdak kueh raya plak...dh 2 yg nk bwk blik umah mommy lg...dh belikan utk mommy harus la belikan utk my MIL plak...bila dh campor tolak darab bahagi xke jadikan beratus2....so thn ni aku decide wat sendiri kueh..beli brg2 xsampai pun seratus..tp dh bleh wat berjenis2...pulak dh...dh jd citer kueh raya plak...xmo la citer panjang2..jd bila dh en somi xkena kuaqkan duit bayaq kueh raya en somi pun bukakan tukarkan peruntukan tersebut utk si isterinya ini....kononya sbb berjaya wat kueh....jd em somi pun tny la nk beli apa....apa lg si isteri pun bgtau la..."abg suma dh ada la...kasut pun dh beli,kecuali 1 je....handbeg baru belom ada.."..saja ja lawak2...tetiba plak en somi bersetuju dgn cadangan itu...wow tidak disangka2 respon yg sgt baik...."jom nk p beli kt mana"...ayat ikhlas en somi....apa lg si isteri pun kelam kabot la bersiap nk  keluaq...hehehe....nk tau ke apa yg si isteri ni dpt semalam....jom layan cuci mata....jeng..jeng..jeng....

apa ni2....

ha ni la hasilnya yg si isteri ni dpt...

bkn nk menunjuk ye kawan2...

pandangan dr atas....

ni la pilihan hati en somi.....aku ikot je la...dh en somi yg nk bayarkan...dh dia kata cantik,cantik la bg aku...aku ni jenis yg kalo g shoping kena g ngan en somi...pilihan en somi merupakan pilihan aku gak..en somi pun kalau nk beli brg2 dia kena g ngan aku gak...untung la sbb kitaorg ni mempunyai citarasa yg sama...sbb 2 xder masalah la...bkn kena kongkong tau tp rasa cm lebih selesa je bila keluar ngan en somi...nk beli apa pun senang....
so cukup la dulu utk entry kali ni...jap lg aku up topik utk baju raya plak....jgn marah ya kawan2....in raya mood...............1 je harapan tahun ni...moga2 aku dpt berpuasa penuh (erti kata lain mintak2 la mengandung,jd dpt la puasa penuh...dengan penuh harapan)..sampai sini dulu

contest jom ke terengganu

tima kasih pada eMMee yg bg tag ni....sorry my dear fwen baru sempat nk jawab tag ni..terengganu....oppsss...lama sudah xmenjengah ke negeri ini...rasanya last p pun masa aku umo 12 thun..dh lama kan..sekarang pun umo dh 26 tahun..bermakna sudah 14 thun la..niat hati mmg ada gak plan nk g..i'allah akan smpai jugak nnt....

syarat2 & peraturan:
  • para peserta mestilah menjadi follower bagi blog Terengganu Permata Hati -  done!!
  • Masukkan blog Terengganu Permata Hati dalam blog list anda semua -done!!!
  • Letak Banner Contest ini diatas dan di'side bar' anda dan 'link'kan kepada blog ini - done !!!
  • Buat satu slogan iaitu
'Saya teringin sangat ke Terengganu kerana'
..hohoho...saya teringin sangat ke Terengganu sbb dh lama sgt la xp..pas2 kalo kt Terengganu ni byk pulau2 yg menarik & cantik2 belaka..so bg saya yg amat meminati pulau ni mmg rasa teruja la...bila duduk di tepi pulau or pantai ni rasa cm tenang je...mensyukuri kejadian Allah SWT....nk2 pulak saya ni pecinta keindahan...ni buktinya....

sgt suka pantai

my hubby pun sama gak...

antara 2 pulau yg menjadi aim saya sekarang ialah

Pulau Redang
&

Pulau Kapas...

sbb

nk jumpa ni.....

nyatakan darimana/siapa anda mengetahui contest ini
eMMe/ReeN

Tagged contest ini kepada 3 rakan..
kepada sesiapa yg berminat