Monday, January 31, 2011

....senang je....

aduh..bosannye...ada lg 3 hr nk keje...pas ni bleh cuti lg...xde apa nk buat pg ni...cuma tolong install window 7 kt sorg cikgu ni....naseb bek la cikgu ni ok kalo x aku dh soh dia bwk g kedai je....ahaks...jahatnya....jom kita belajaq...saja je nk tempek kt sini...renungan bersama...install sendiri ja xyah g kedai...jimat duit....

INSTALL WINDOW 7

1.Skrin pertama yang keluar akan memaparkan msej “Windows is loading files…”, tunggu sehingga proses  ini selesai


2.Kotak pertama, kedua, dan ketiga memaparkan pilihan bahasa, zon masa dan matawang, serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik Next


3.Klik pada butang “Install Now” untuk memulakan pemasangan Windows 7


4.Tandakan pada kotak “I accept license terms” dan klik Next


5.Klik pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7.


6.Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next
  

7.Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai
  

8.Setelah proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan asas terhadap Windows 7 anda. Pertama sekali, masukkan nama anda dan nama bagi komputer, kemudian klik Next


9.Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik Next.
  

10.Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa dikemaskini, pilih “User recommended settings
  

11.Pilh zon masa anda dan klik Next.
  

12.Kini Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya


HA....senang ja kan...jd xyah la bwk g kedai..nnt kena cas plak 40 hengget...g beli cd je modal baru 10 hengget....selamat mencuba...

Contest Pic Hitam Putih Paling Cool

Di tag oleh : eMMe


syarat2nye:

1. jadi follower blog ni - done
2.letakkan banner contest ni kt sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni - done
3.buat entry pasai contest ni dan berikan idea apa yang korang nk kalau korang menang RM100??*ayat yg simple je tau* - done

pic yg dipertaruhkan

ayatnye : kalo la saya menang saya nk blanja en somi xkisah la apa pun...janji blanja en somi..

4.tag 4 kawan2 yg anda rasa nk join


5.tarik tutup : 1 mac 2011

...saya sudah kembali...


apa kes ni pepagi dh tempek pic....ahaks....mood baik pg ni...harap2 mgu ni mood dlm keadaan baik...permulaan hari yg baik ye pg ni...semoga berterusan...jumpa lg di lain n3...

Sunday, January 30, 2011

...buat en somi...

....n3 ni khas buat en somi...sape2 yg xsuke xyah baca k........

thank SAYANG
terima kasih sbb turutkan kehendak hati isterimu ni...
sgt2 xsangka apa yg dihajati dh pun jd milik yang...
br je smlm yg bgtau abg hr ni abg dh pun g cari...
apa ye....jeng..jeng..jeng..














ni la hadiah dr en suami buat isterinya....
my new C6-01..
nape pilih yg ni..
sbb suka...
aku pun xtau la tp aku rasa yg ni best...
kalo org tny nape xamik BB..
ntah la aku mmg xsuka ngan BB..
iphone..
mmg la suka tp harga mahal sikit...
xnk membazir...
jd pilihan hjatiku yg ni la...
ok la kan dr xder lgsung...

sekali lg....
...TERIMA KASIH ABG...

..31st..

sgt2 suke...
bila smpai je tarikh ni...
y???

aku ngan en somi
mmg suke tarikh ni....
sbb kami nk ke....
BR....

buat apa nk ke BR
sbb nk beli ni...


















kalo korg tanya
nape xbeli je hr len
jawapannye....
hr len mmg bleh beli
tp setiap 31st
sgt murah.....
dpt diskaun 31%
jd bleh beli byk2...

jd tgu apa lg...
JOM.....
sapa nk ikot
angkat kaki.....

...menyepi...

sudah dekat 2 mgu ye xde n3 terbaru..ntah la mood kurang cantik la...mula2 dulu sakit mata seminggu gak la xbleh nk ngadap lappy..2 yg terbantut sumanya...dh 2 mgu ni rasa mood nk berblogging plak kureng..mb letih kot...byk keje plak 2..mmg xsempat la..blik umah ja mmg tdo awal la...mudah2an ni mgu ni mood cantik la...sedaq x sedaq esok dh 31/01/2011 dh...sat ja sebulan berlalu...dh nk msok bln ke 2 tahun 2011...nnt sedaq2 dh nk habis setahun...apa bleh wat..ni bkn auta tp fakta..masa sekejap je berlalu..tanpa kita sedari....mcm2 kan...hehehe...apa2 pun semoga tahun ni lebih bermakna dr tahun sebelumnya.....AMIN....

Wednesday, January 19, 2011

....esok cuti....

yahooooooooooo....esok cuti..mood hr ni sgt2 hepy n semangat je dtg keje..siapkan suma keje pepagi lg..xyah sapa suruh keje dh settle...motif....sgt2 hepy la....mcm 2 la kan kalo cuti je mst semangat...walaupon x g mana2 hanya terperap kt umah ja xkisah janji cuti ja...(boleh ke cm 2)......xkisah la ye...janji aku cuti...

Tuesday, January 18, 2011

buhsan...

selamat pg selasa...adoi malas betoi la nk mai keje pun..terpaksa gagahi jua la...mai keje ada plak pemantauan dr PPD...lg la bosan tahap cipan..kena wat sopan2 je...sgt2 xsuke...xbleh nk melepak sesuka hati....harap2 cepat la diorg blik....apa ntah yg dibebelkan siap mtk pasang LCD projektor lg...ntah apa2 je...xkisah la yg penting saya mau anda semua pulang cepat...sbb saya nk bersenang lenang spt selalu didlm makmal saya....

muka bosan di opis...

adalah dimaklumkan bahawa saya tidak suka berada di opis pd waktu sekolah..sgt2 serabut...kalo ptg ok..n cuti sek..sgt suke di opis..tp apakan daya saya terpaksa bersiaran dt opis hr ni...huhuhu...

Wednesday, January 12, 2011

arwah ibu melawat jenazah anak

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.



Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.
Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.


Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam.
Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.




Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya.
"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."
"Makcik lihatlah betul-betul." kata saya.
Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.
"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.
Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.




"Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata,
"Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi..." tambah wanita itu lagi "
apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,

"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya.

"Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?
Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

renung2kan lah...














sgt 10sion....

hadoii...sgt2 10sion..dr pg td msj asyik dok bny ja..suma pakat dok hantaq msj tny bila due....due???....due apa mau...mcm2 la...suma ni disbbkan 1 pic aku dh dh semakin mengembang...suma dh ingatkan aku peknen...xmo la mcm 2...diingatkan....aku x PEKNEN la.......ini suma hny disebabkan kegemokkan yg melanda je pun....

pic ni la yg jd isu...

guuuumooookkkk keeeeeeeeeee??

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11

sgt cantik date ini...tp xde apa yg patut diingatkan dgn date ini...saje2 je nk bgtau date cantik...ahaks...jgn mare aaa......nk gak post n3 date ni...

Monday, January 10, 2011

My 'not so' Bashful Birthday

wah..wah...wah...saya di 'TAG' oleh PN EKA..so tumpang ada masa nk buat siap2 la..Pn EKA i dh buat tag u k...

syarat2nye:
1. Title Post : My 'not so' Bashful Birthday!! - Done
2. Jadi follower the Khalifah's - Done
3. Letak gambar birthday kamu (owner blog).

03/07/2010...@ gunung mat cincang langkawi

kepada pn penganjur sila jgn pelik ye..sbb sambutan ni dilakukan bkn di tempat asal...ianya berlaku di langkawi semperna my besday..xtahu sbb plan en suami...so xde la acara ptg2 kek n' tiup2 lilin ye...kira aci la ye walaupun xde cake...


4. letak link post kamu dekat comment post ni...

5. tag 3 org kawan kamu, nak tag lebih pon boleh..
reen
eMMe
ejdeejasmi
 
6.tarikh tutup 14-01-2011
 
 
 
p/s:mtk maap pn penganjur kalo x mematuhi
terma n' syarat..ini je yg termampu..

i luv australia



yahooo....sgt2 cumel.....i luv australia....oppsss..jgn salah sangka plak bkn aku yg p australia..xteli ada sorg ustaz kt sek aku yg baru blik dr melbourne menemani wife nye kusus...jd dia beli la gift utk kami...sgt suke di situ ye...gebu je....

en panda...

ntah bila la plak aku nk bleh p melbourne ni...agaknya dlm mimpi ja la kot...mana mampu...mau ikat perut setahun...xkisah la kan mana la tau kot2 nnt da rezki dpt durian runtuh ka...

minggu ke 2 sudah..

10/01/2011....bermula la minggu ke 2 di tahun baru 2011...kejap je kan rasa..pejam celik-pejam celik sat ja nnt sedaq2 nk habis dh 2011...azam tahun ni moga2 tercapai la hendaknya...korg suma mcm mana??moga kita semua berjaya ye...


p/s:motif nk tempek gambaq kawen...saja boring bangat hr ni...

Sunday, January 09, 2011

khasiat pisang berangan...


Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk, rugi wooo.. kalau bley makan trus smpai abih satu tandan. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium..

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut iaituSebiji pisang sehari dapat menjauhkan anda dari doktor!

....ehmmm....

selamat mlm suma...mlm ni mst semua dh get ready dok depan tv tgu pukul 9...ye la nk tgk AJL la katakan....sama la mcm aku...kena plak mlm ni en somo keje mlm...xyah la nk berebut remote astro lg...dh sah2 aku bleh tgk AJL....perasaan heppy di situ ye...
so bila dh en somi keje mlm aku pun kena la sediakan apa yg patut smbil nengok tv...harusla kan xkan nk diam je...mulut mst kena kunyah....nasib bek la ada pasar mlm dekat taman bleh la beli mkn...pegi pasar mlm sorg2 la jawabnye td xkisah la sbb dh selamat smpai umah....xde beli apa pun cuma beli....

en banana....

kalo nk tau en banana ni mmg pebret aku la...nk2 plak mlm ni tgk cantik plak banana ni...sgt2 seronok...beli la apa lg...aku mmg hantu pisang..kalo byk ni esok dh bleh habis...hahaha...

roasted corn...

ni je yg aku beli pun..dh xtau nk beli apa benda yg sama je...jom layan AJL.....

...thanx laling...

sgt2 suke...;)...wink..bila en somi ajak g supermarket...bak kata eka shoping adala terapi yg plig bagus utk hilangkan stress...sgt setuju di situ ye...asalnya niat yg utama nk g cr myk msk..kan td aku dok meroyan kt sini kt myk msk suma habis kan...mula g carrefour yg plg dekat ngan umah aku....gila pny besaq carrefour 2 bleh plak sold out...kemarin aku dh kena dh kt jusco...pas dh xder kt carrefour terpaksa la panjat tangga ke GIANT plak....sgt suke bila en somi ckp g giant la...sbbnya...nk g giant kena la panjat SUNWAY CARNIVAL dulu....sblm smpai giant bleh la usya2 apa yg berkenan...mmg silap la en somi ajak g situ...siap la...tp en somi dh siap warning awal2..jgn tgk benda lain selagi xdpt apa yg dicari....menonong je aku g cari apa yg nk dicari...dpt juga akhirnya...pny syok lupa nk snap gambaq bukti dpt beli myk.....xkisah la kan...
en somi mmg dh memahami bini dia yg sorg ni (harus la sorg je kan)...sbb 2 en somi tny nk apa2 x.... :)...suke...tanpa byk ckp terus tarik en somi ke......ke mana ye......harus la kedai kasut...aku ni agak fanatik ye dgn kasut...ntah le xtau pasai pa jd lagu 2....pantang sguh nmpak kasut mst nk kena rembat gak sepasang...nk kata xdak kasut rasanya dh bleh buka kedai bundle kasut dh...xkisah la janji sblm blik nk gak rembat sepasang...apa nk jd pun jd la....semestinya pasti akan dpt....akhirnya...pilihan hati...

haruslah vincci pilihan hati...


hasilnya....

sgt suke ini kaler...

hr isnin bleh rasmi la ye....apa pun sekali lg THANX MY LALING

Saturday, January 08, 2011

....mahal....

mgu ni isu bawang ngan minyak masak semakin menjadi2...kemarin(semlm la ye) aku p jusco minyak masak suma sold out...gile agaknya...cuma yg tinggal myk jagung je...mana p semua minyak..malaysia dh xda minyak ke??hairan bin ajaib ni...td ptg p carrefour pun sama...hadoooiiii...ini mcm bikin susah la...apasal jd mcm ni ye?
satu lg td aku p pasar mlm..terkejut gile2 dgn harga bawang yg mandadak naik...

bawang...

mmg mahal...seplastik seringgit cuma ada 3 bijik je...sblum ni bleh dpt gak la sekurang2 pun 5 bijik...3 bijik nk bleh wat apa je...nk msk pun hilang semangat...sgt2 mahal...pas ni mst suma kedai mkn pun naikkan harga makanan sbb dh suma mahal....teruk la mcm ni...suma brg2 naik harga...xberbaloi...tp 1 je xnaik2...gaji...cubalah naikkan gaji sikit dh kos tgi....xtau la apa nk jd ye....

...fever...

en somi yg demam...

opsss....kali ni bkn aku ye yg demam...tp en somi yg demam...ahaks.....rasakan wahai en somi...en somi mmg jarang demam...jarang sgt2 la...kalo aku dh 10 kali demam en somi ada kot br 2 kali....tp bila sekali en somi demam mau tau la mmg terok la....sgt2 kasihan di situ ye...smpai kalo en somi demam nk bangun pun xbleh...mkn pun kiranya kena bersuap la..mmg atas tilam je...tgk mata pun mcm xikhlas je nk buka...nasib bek la dh sihat sikit dh lh p keje hr ni...


aku rindu sama kamu....

aku rindu bangat sama kamu...smpai hr ni aku masih lg tersa seperti bermimpi kehilangan kamu dlm sekelip mata walaupun sudah hampir 4 bln...aku seakan2 seperti tidak percaya....tiada lg suaramu...gelak ketawa kamu....di saat ini aku sgt2 sedih....aku sudah tiada kawan baik tiada kazen yg memahami & tiada juga kakak bagi aku....setiap kali aku teringatkan kamu pasti  akan aku sedekahkan Al-fatihah utk kamu....Ya Allah kau tabahkan la hati aku...sesungguhnya aku redha dengan pemergiannya....aku mmg menyayanginya tetapi KAU lg menyayanginya....KAU tempatkan lah dia bersama2 org yg beriman...semoga kau tenang di sana....


kenangan bersama arwah...

baby arwah dh pun berumaur kira2 6 bln la...muka saling xtumpah mcm muka arwah...

ku nur alin qamarina...1 hr

seminggu selepas ditinggalkan ibunya...

dh pandai buat muka...

comelkan..muka saling xtumpah

tenyum....

with her daddy...

aunty rindu sama Qamarina juga

semoga kalian juga tabah menghadapi dugaan ini...

semua yg berlaku pasti ada hikmahnya....kita hanya merancang...semuanya kehendak Allah SWT...


Friday, January 07, 2011

bil letrik melambung...

semenjak 2 menjak ni bil letrik umah semakin meningkat2 plak...umah aku sorg ke suma sama je...kan tarif dh naik sikit kan...betul x?adoiii....mcm2 la kan....penat jugak la kalo mcm ni....nasib la setakat ni dh 2 tahun bil air blom kena bayo...cuma nk kena bayo bil api ngan astro je...astro pun la ni dh semakin membosankan...asyik ulang tayang citer je...tp kalo xde area xclear plak...mcm2 hal...
umah korg plak mcm mana ye...mahal x bil api?kalo ramai2 xkisah la kan ni cuma berdua je pun....

bil semasa...

jum bilnya....mahal x??

entah la nape aku rasa mahal ye..ke biasa je bg korg??mb sbb keadaan sekeliling kot...salah 1 sbb yg aku rasa la bila kita menggunakan...

en econ..

dulu2 en kipas je...

kaki sape yg kt tepi kipas 2 nyibuk ja pun...nmpak x xteli kipas 2 dh patah 2 disebabkan aku selalu je tolak2 ngan kaki(malas nk bgun ubah2)....sekali hamik ko patah 2..sygkan kipas xrosak lg cuma patah je en somi pun cr la inisiatif nk guna pakai kipas 2 blik..then nmpak x dia ikat kipas 2...boleh guna semula...xkan nk buang kot benda elok lg...nk beli baru pun xpatut...oppp...melalut sudah....
berbalik pd persoalan asal la ye...bil yg melambung...itu je la kot yg memungkinkan bil meningkat...nk kata menda len xkot..freezer pun kecik je...iron baju(aku nk jenis malas iron baju..bj en somi plak xyah iron).....bkn penyebab la...nk kata xtutup lampu...mlm2 lampu depan je yg buka pun....apa lg ye....
pening2....xpun meter kt umah aku yg ROSAK....