Friday, December 24, 2010

Khasiat - Ayat ke 19 Surah Asy-syura

Ertinya:-

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Ayat 19 merupakan “Ayat Rezeki” yang sangat masyhur. Amalkan membacanya berulang kali sebanyak yang mampu, dalam bilangan yang ganjil, selepas solat Maghrib dan Subuh. Diikuti dengan doa 33 kali atau 100 kali atau seberapa yang mampu. Insya-Allah rezeki akan dilipatgandakan.

Ayat ini juga merupakan doa untuk lemah-lembut keluarga, berkasih-sayang kepada suami/isteri dan anak-anak.
Caranya:
Dibaca 3 kali selepas solat fardhu
Ditujukan kepada seseorang apabila telah tidur malam.
Kemudian dibacakan sekali dan hembuskan ke tengkuknya serta minta Allah lembutkan hatinya.

No comments: