Friday, December 31, 2010

selamat tinggal 2010...

pejam celik pejam celik cuma ada lebih kurang 2 jam je lg nk sambut tahun baru...2010 byk meninggalkan kenangan suka & duka..semoga tahun yg mendatang membawa sinar yg baru...byk sgt yg terjadi tahun ni...plg2 sedih aku miscarriage...sedihkan dh lama tgu jd cmne plak..mudah2an rezki aku nk timbang baby ada lg tahun 2011...ada impian yg tercapai ada jugak yg xtercapai......semoga kita semua success pada tahun 2011

Wednesday, December 29, 2010

;(

Ya ALLAH....moga kau tabahkan hatiku utk menerima dugaan ini...sesungguhnyaberat sgt2 aku nk tanggung suma ni...harap apa yg berlaku ada hikmat disebalik semuanya....
suma dh tahu kan aku nk sgt dpt baby....alhamdulillah penantian 2 tahun berhasil,tp malang sgt2 nasib aku sbb mengalami miscarriage....terlalu sedih...apasal berat sgt dugaan dia bg....xmau panjang2 xdak mood.....
........:(.......

Friday, December 24, 2010

Khasiat - Ayat ke 19 Surah Asy-syura

Ertinya:-

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Ayat 19 merupakan “Ayat Rezeki” yang sangat masyhur. Amalkan membacanya berulang kali sebanyak yang mampu, dalam bilangan yang ganjil, selepas solat Maghrib dan Subuh. Diikuti dengan doa 33 kali atau 100 kali atau seberapa yang mampu. Insya-Allah rezeki akan dilipatgandakan.

Ayat ini juga merupakan doa untuk lemah-lembut keluarga, berkasih-sayang kepada suami/isteri dan anak-anak.
Caranya:
Dibaca 3 kali selepas solat fardhu
Ditujukan kepada seseorang apabila telah tidur malam.
Kemudian dibacakan sekali dan hembuskan ke tengkuknya serta minta Allah lembutkan hatinya.

bloglarian...

hokey aku dpt tag ni dr pn ruby sudah agak lama ye..sory bee blum da kesempatan nk wat..hr ni nita lunaskan hutang dgn bee ye...
apa benda ye bloglarian ni...bloglarian ni merupakan 1 blog utk sapa2 yg suka berblogwalkig hokey..kiranya kita bleh berblogwalking 5 6 blog dlm 1 tab..jd kita xyah tgu lama2 nk loading page..only 1 tab..

cara2 penyertaan:
1. jd follower bloglarian

2. letakkan banner bloglarian (mcm kt bawah ni ye)

u

3. lengkapkan slogan dibawah ini "Saya suka berblogwalking kerana.....(tidak melebihi 30 patah perkataan). "Saya suka berblogwalking kerana untuk mengisi masa-masa yang terluang di samping seronok membaca kisah kehidupan kawan-kawan.Bila berblogwalking macam-macam saya jumpa.Banyak jugak ilmu yang berguna dapat dikongsi bersama-sama."

4. tagkan 3 org rakan

5. tinggalkan entry korang kt  sini

6. xde tarikh tutup buat masa ni...

My 1st GiveAway in 2011

tag dr eka

syarat-syarat GA

*hanya perlu buat entry bertajuk "My 1st GiveAway in 2011"-done
*Letak baner GA kat post entry and side bar-done
*Tag 3 orang..
emme
ruby
pn farah

*Follow blog tuan tanah GA ni..
i dh folo u

ok..tarikh tutup 26/2/2011..

Wednesday, December 22, 2010

spagetthi ala Pn. Ruby

ahaks...mcm best je kan bnyi n3 kt atas nun....spagetthi ala Pn Ruby...mmg best la mengancam habis...bg sapa2 yg nk try bleh amik resepi kt sini...harus cuba tau mmg best la...sblm ni aku pun mmg xsuka sgt la mkn spegetthi ni...mcm muak je..tp bila try resepi yg 1 ni dh jd pebret plak...pendek kata mengancam la...so xnk la citer panjang2 pepagi ni....

ni la rupanya...

meletop..

Tuesday, December 21, 2010

2nd aniversary...

pejam celik2 dh nk msok 2 tahun dh usia perkahwinan aku...baby dh bapa org???....0...sgt2 :( ye bila mengenangkan perkara yg 1 ni..stkat ni alhamdulillah hidup aku semua lengkap la...cuma 1 ni je la yg xlengkap...susah gak la nk tenangkan hati bila mengenangkan hal anak ni...i'allah mudah2an nnt ada la rezki aku ngan en somi....xmau la citer panjang2 sbb aku kalo bab2 ni sensetif skit..kang xpasal2 banjir plak...
citer tentang aniversary ni xtau lg la cmne...disebabkan aku pun mmg dh xde cuti byk sgt tahun ni jd nk kemana2 pun susah la....en somi pun cuti xbyk...so kitaorg xdecide lg apa plan tahun ni...ada sesapa yg bleh bg idea yg best2 cikit...xpun kejutan2 utk en somi...kering idea plak...tolong2 bg idea dh xlama ni lg hny tgal beberapa hr je lg...aduh....ingat2 nk g genting je la bersuka ria...bleh x cm2...ke any suggestion???....

Wednesday, December 15, 2010

ikan cencaru sambal sumbat...

fuhhh...mmg sedap giler...aku kalo buat je ikan cencaru sumbat ni mst mkn nasi 2 3 kali la..bkn nk sgt mkn nasi nk meratah ikan je...en somi pun suka giler kalo msk ikan ni..kalo setakat 3 ekor mmg xcukup la...mst kena lebih...burukkan perangai...xkisahla janji sedap...ni kira resepi turun temurun mak mertua aku ni...supeb sedap la...


pada sapa2 yang x tau ikan cencaru tu macam mana bentuknya, ha ini dia...ni lah ikan cencaru @ nama glemernya ialah ikan jaket...jom kita sediakan bahan2nya.


Bahan-bahan:

2 ekor ikan Cencaru
1 biji bawang besar (dipotong)
Belacan (sebesar ibu jari)
Sedikit garam
12 tangkai cili kering (dicelur dalam air panas supaya lembut)
Sedikit asam jawa
Sedikit gula merah

Cara-cara:

1. Siang ikan cencaru dan basuh dengan air limau sehingga bersih. Ikan mestilah dibelah di bahagian belakang badannya supaya sambal tidak akan terkeluar semasa menggoreng nanti. Tujuan mencuci ikan dengan air limau ialah supaya ikan itu tidak hanyir.

2. kisar cili kering bersama gula merah, belacan, garam dan bawang besar.Kemudian, masukkan asam jawa dan pastikan asam jawa tersebut sebati dengan sambal. Panaskan api goreng cili kisar td smpai msk(kalo maleh xyah msk la,tp kalo msk lg ok la,kot2 perut xtahan nnt sakit perot)

3. Lumurkan ikan cencaru dengan garam dan sumbatkan sambal yang telah ditumuk ke dalam perut ikan cencaru. Sumbat sehingga perut ikan penuh.

4. Panaskan minyak. Goreng ikan cencaru sehingga masak. Selepas itu, sedia untuk dihidang!

jangan risau kalau sambal itu bertukar menjadi hitam ketika digoreng. Ini kerana adanya campuran asam jawa dalam sambal itu. Kalau tak percaya, sambal yang hitam itulah yang paling sedap.

dh xsabaq ni..

siap utk dimakan...

p/s:cili yg lebih kita guna utk sumbat td korg msk ngan myk smpai msk pas2 bleh la cicah ngan ikan...lg sodap...

Tuesday, December 14, 2010

...sepetang bersama mulbery...

oh damainya...hujan plak...ni kalo tdo time gini mmg best...tp apakan daya diriku masih di opis....plan ptg ni nk g kutip buah mulbery...malangnya ujan turun plak....tp rasa2nye ujan pun mcm dh nk benti ja...mb sbb ujan tau kot aku nk g ngutip buah ni....buah mulbery...penah dgr x korg...ada adik beradik stoberi,cranberi,blueberi...pendek kata yg ada beri2 la...buah ni byk khasiat tau...ada org petua buah mulbery ni elok utk batu karang...kebetulan plak my FIL mmg ada batu karang..sbb 2 la aku nk p kutip buah ni...selalunya jrg nmpk buah ni kt pokok bebudak sekolah suka mkn....ni dh musim cuti sekolah byk la...dh x terusik...

ni la rupa bentuk pokok mulberi

gugusan mulberi

buah yg belum masak ranum



xtahu la samada buah ni glemer ke x....aku pun sblum ni xkenal gak...bila berkhidmat kt sini br la tau...byk plak kt kawasan sek aku...jd kalo2 korg jumpa buah ni buah ni bleh mkn tau...1 lg pucuk dia bleh ja dibuat ulam...awet muda gitu...

khusyuk memetik buah

posing dulu

pekerja ladang

gigih mengumpul hasil

sepanjang bangunan ni la aku dok tawaf bwk plastik kutip hasil..nasib bek gak la ada org teman..kalo x mana la teman berani nk pegi belakang sorg2...hasilnya agak lumayan gak la...

adoi..gumooooks...

ha amik 1 plastik kt tangan...

wow..byknye...

ni la rupa buah yg dh betol2 masak..

sedapnye...

ok...aku mau berenti disini....nnt kita jumpa lg ye...

...jangan menghampiri zina...






"Mulai hari ini tak da lagi duit untuk top-up kredit handphone," Pak Hamid mula bersuara setelah sekian lama memendam rasa. Sambil menyuapkan apam balik panas yang baru dibeli dari pasar malam Pak Hamid cuba menyusun ayat yang paling baik untuk anak lelaki dia sorang ni.

"Duit yang ibu dan bapak cari untuk anak-anak, guna untuk makan dan membeli bahan untuk belajar." Sambung Pak Hamid lagi. Dia cuba meleraikan kekusutan fikiran yang sekian lama bersarang dibenaknya.


Pak Hamid sedar, dalam banyak perkara dia perlu bertegas. Jika tidak anak-anaknya akan mengikuti jejak remaja-remaja yang lain. Hanyut dalam arus yang tak ada tepinya. Dan yang paling menakutkannya jika anak-anak yang ditatang bagai minyak yang penuh itu membuat onar dan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

"Bapak nak bagitau satu perkara. Apa yang along buat tu adalah perkara yang disebut di dalam Al Quran. Perkara yang sangat-sangat dilarang oleh Allah. Iaitulah jangan menghampiri zina."

"Mula-mula sms. Lepas itu mula nak ajak dating. Kemudian mula berpegang-pegang tangan..dan akhirnya jadilah perkara sumbang yang sangat-sangat dilaknati Allah itu," sambung Pak Hamid bersungguh-sungguh.


Sambil menghabiskan sisa-sisa apam balik yang masih berbaki di dalam pinggan Pak Hamid bangun dan merenung ke arah anak sulung kesayangannya itu.


"Sekurang-kurangnya esok, di Padang Masyar bila Allah tanya bapak adakah kamu pernah menegur perbuatan anak kamu dan menasihatinya dengan ajaranKu? "


"Ya Allah, aku telah cuba sedaya upaya untuk mematuhi petunjuk yang telah Engkau berikan di dalam Al-Quran. Dan aku sedaya upaya mendidik anak-anakku sebagaimana selayaknya mengikut perintah Mu."


"Engkau berkatilah Ya Allah, peliharalah diri aku, isteri-isteriku dan anak-anak ku serta seluruh umat Islam sekalian dari perbuatan keji dan sia-sia."




















khasiat buah mulbery

Mulberry merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China. Dikenali dengan nama botaninya, Morus Alba, pokok mulberi yang ditanam di negara China adalah Mulberry putih. Pokok mulberi lain yang menghasilkan buah berwarna hitam dan merah pula banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika dan sub-tropika.


Salah satu kegunaan bahagian pokok Mulberry, terutama daunnya adalah sebagai makanan utama ulat sutera. Maka disebabkan itulah jika di Malayasia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.


buah mulbery

Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

Kuatkan sistem cerna dan serapan

Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua. Disebabkan banyak khasiatnya, maka jus Mulberry telah dihasilkan secara komersial sebagai makanan kesihatan dan amat popular di China, Jepun dan Korea. Bukan itu sahaja, buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juka mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja boleh juga mengambil jus mulberi bagi menambahkan cecair badan dan menguatkan penglihatan.

buah mulbery yg belum masak

Buah Mulberry juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa pening, sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut.



Ubat kebas tangan dan kaki

Daun Mulberry pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema.

daun mulbery

Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai unat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang kebas, bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.


Akar pokok Mulberry boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Monday, December 13, 2010

hantaran lg...

harus la kan...hantaran lg...dh nama pun musim org kawen mst la byk hantaran....sbb 2 la aku pun bz ja seminggu 2 ni...bkn bz kawen la bz nk sudahkan tempahan hantaran org...aku pun bkn la pandai sgt...& bkn la cantik sgt...tp boleh la wat mengisi masa lapang...boring kan kt umah..kalo da anak bleh la isi masa lapang...ni dok sorg2 je...sbb 2 la aku wat benda ni suma...mengisi masa yg terluang....

so kali ni aku wat utk member aku kawen...tema dia merah putih....amik masa 2 3 hr gak la nk siapkan suma ni...sebenarnya bkn la susah sgt tp ye lah disebabkan siang keje so aku hny boleh wat mlm2 je...kalo ikotkan sekejap je...sehari pun dh bleh setle suma...ni pun wat sikit2...nasib bek la en somi pun xhalang bini nya nk wat sbb dia pun tau bini dia bosan sgt....

jom cuci mata...sila la ye kawan2 tersayang komen2 apa yg patut na...

ada bekas 4 segi

pandangan tepi..

ada bekas bolat... 
pandangan tepi..

pandangan atas..

ni la bekas2 yg digunakan...ok..amacam cantik x???ahaks...puji diri sendiri plak...xder la saja2 ja...masok bakul angkat sendiri la ye...jom tgk plak diantara hantaran2nya...


ni bekas cincin...

burung di luar sangkar

kasut

kasut lg...

dan kasut lg...

coklat...


towel...



kain pelikat..lalala...


dr tepi..buat frame...


pic pengantin baru

candy...




wallet & belt

perfume

perfume lg...

ni la diantara hantaran yg aku buatkan utk my frend....yg lain brg2 ada kt pengantin aku cuma buatkan dulang je la...nk kata cantik 2 x la sgt tp boleh la...